POSTED ON 20 March 2011 AT Sunday, March 20, 2011 \ leave a comment (0)
Assalamualaikum !

tamatlah satu minggu cuti persekolahan. wow! banyak yang terjadi dalam satu minggu. pahit dan manis sama rata muncul bersama.

Esok sekolah!

aku tahu mesti ramai yang tidak hadir sekolah ini esok. sekolah amat membosankan! semua pelajar bersetuju dengan hujah aku itu.

WTH!

kenapa aku cakap macam robot ini? tidak apa lah. kalau guna singkatan nanti menjejaskan Bahasa Melayu pula. *senyum*

YUCK!

aku benci cakap macam ini. tapi apa boleh buat, aku terpaksa cakap macam ini. HAHA! *ketawa besar*

OMG!

aku belum bersedia mahu sekolah. baju seragam belum ber-gosok. kerja rumah belum siap. kerja kursus belum siap sepenuhnya. semua ini gara-gara mengemas rumah dan berjalan-jalan serta membuang masa lah ini.

ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM!

buat apa tuding semua kesalahan ini pada orang lain? sedangkan ia berpunca daripada diri ini sendiri? lalai ber-facebook , lalai menonton televisyen , dan lain-lain. kalau lalai solat lima waktu sehari semalam , lalai mendengar tazkirah , lalai membaca dan menghafaz Al-Quran tidak apa juga. SubhanAllah. aku semakin melupakannya. T_T

SELAMAT MALAM!

sekian sahaja entri aku kali ini. maafkan jika terkasar bahasa. selamat kembali ke sekolah ;)

Labels: