KAWAN TIDAK BOLEH DIHARAP!
POSTED ON 19 September 2011 AT Monday, September 19, 2011 \ leave a comment (0)
Assalamualaikum wbt dan hai.

Kawan, sahabat, rakan, teman. Susah untuk ditemui sekarang bukan? Memang senang mencari kawan ketawa, tapi menangis? Hm.

Aku akui, sampai sekarang aku belum dapat kawan yang boleh dianggap sebagai kawan. Kenapa? Kawan kah namanya jika membocorkan rahsia kawan? tidak menepati janji? menuduh kawan tanpa soal siasat? cemburu dengan kawan? KAWAN kah namanya? bukan penipu?

HAHA! aku sering ketawa jika terlihat post di facebook mengenai kawan. Bagi aku kawan tidak wujud! Kawan, sama saja seperti musuh. Datang dan pergi begitu saja. Sia-sia aku berkorban selama ini demi kawan-kawan aku.

Mungkin selepas ini, lebih ramai orang akan membenci aku. Aku tidak kisah! Buat apa kawan beribu kalau cuma perlu bila memerlukan? SHIT!   Aku puas menangis sebab kawan. Tapi ada mereka hargainya? Puik! HARAM   berjanji kononnya lepas ini akan kawan sampai bila-bila, tapi? sekarang? ada kita bertegur? HAHA. 

                                                                                                                               p/s: aku bukan boneka. 

Labels: