Kebaikan Kahwin Muda !
POSTED ON 29 September 2011 AT Thursday, September 29, 2011 \ leave a comment (2)
credit to : GOOGLE

Assalamualaikum wbt. 

Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah semulajadi manusia. Kahwin juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Maka bila mana mereka yang sudah berkahwin, Alhamdulillah, kamu telahpun mengikuti salah satu daripada sunnah Nabi. 

Kahwin Muda iaitu kahwin pada usia yang muda seperti contoh wanita berumur 21-17 tahun lelaki berumur 23-17 tahun. Kebanyakan masyarakat menanggap kahwin muda ini tidak baik. Mengapa? Mungkin kerana terlalu muda, kurang ilmu, kemahiran dan persediaan. 

Walau bagaimanapun, setiap keburukan pasti ada hikmahnya :) Antara contoh kebaikan muda ialah:

1) Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga akan umatnya yang ramai di akhirat nanti. So, siapa yang taknak jadi kebanggaan Rasulullah bukan?

2) Dijauhi ZINA. Ini memang tepat lagi fakta. Sudah ada yang halal buat apa nak yang haram kan? Ye kan?

3) Mengurangkan gejala sosial. Yelah, siapa nak marah kita berkepit-kepit dengan suami atau isteri anda kan? Suka hati kitaorang la. LALALA :P

4) Membantu memberi ketenangan dalam hidup. Yelah, dah ada orang tempat kita mengadu masalah dan menjaga makan minum kita kan.

5) Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyuk. Masing-masing menunaikan nafkah terhadap masing-masing, tak ke dapat pahala itu? wow.

6) CINTA HATI KORANG TAKKAN DIKEBAS! HAHA. ini lagi satu kebaikan kahwin muda, ye la kan. siapa nak mengurat orang yang dah berkahwin. Tak gitu?

Buat diriku, jika tiba masa untuk aku melengkapkan salah satu dari sunnah ini, ingatlah bahasawanya:

1) Niat perlu betul, jangan kahwin kerana nafsu. Kahwinlah kerana Allah.

2) Dapat restu ibu bapa dulu. Itu sangat penting okay!

3) Walaupun berkahwin, ingat mesti kena belajar. Belajar itu penting okay.

4) Kena saling bertolak ansur dan sabar. 

5) Jangan jadikan perkahwinan sebagai beban.

6) Mesti kena jimat. Tanggungan banyak.

7) Bijak bahagikan masa.

8) Sanggup hidup bersederhana.


amacam? best tak? haha.