Aku bukan HIPOKRIT!
POSTED ON 13 October 2011 AT Thursday, October 13, 2011 \ leave a comment (0)
Photobucket

Dahulu, saya memakai tudung tetapi tidak pernah solat. Keji bukan? Sekarang saya tak memakai tudung lagi. Kenapa? Saya taknak hipokrit. Ramai orang pandang serong kepada saya semenjak saya tak bertudung lagi. Kawan-kawan juga menegur hijrah negatif saya ini. Tapi apa boleh buat? Saya lebih selesa begini biarpun saya tahu saya telah menempah dosa sepanjang masa.

Ada rakan-rakan saya yang sangat menutup aurat. Malangnya, perangai dan kelakuan mereka lebih teruk daripada perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim (boyfriend), seluar ketat dan tudung tidak menutupi dada.

Walaupun tidak memakai tudung, saya menjaga solat saya dan tingkah laku saya. Kawan-kawan ada menyuruh supaya terus memakai tudung tetapi saya tak mahu hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri ingin berubah. Saya mahu lakukannya dengan ikhlas bukan kerna disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang. Semoga Allah membuka hati saya untuk bertudung semula.

suatu ketika dulu :(