Pilihan Sendiri :)
POSTED ON 20 October 2011 AT Thursday, October 20, 2011 \ leave a comment (0)
Photobucket

"Dont aim for success. Just do what you love and believe, and it will come naturally"

Aku bingung tak tahu nak pilih mana. Mama dengan Baba dah beri izin pindah sekolah tahun hadapan. Tapi aku taktau nak pilih mana satu :S Sini, aku listkan beberapa sekolah yang aku cadang nak pindah.

Kolej Vokasional

  • SMV Labuan (Kolej Vokasional Labuan)
Pilihan : Teknologi Automatif, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Pembinaan, dan Pemesinan Industri. 

Aku tak tahu nak pilih mana satu. Haram jadah semua aku tak minta -.- Tapi Ejal suruh pindah sini, sebab tahun depan kemungkinan hp dia akan diambil dan jarang online. So macam mana nak contact kan? OMG!

  • SMV Beaufort (Kolej Vokasional Beaufort)
Pilihan : Teknologi Automatif, Teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik.

Lebih kurang kan? Semua kerja lelaki -.- Tak minat! Tapi ramai kawan pindah sini. Semua yang satu kepala dengan aku. Dorang ajak, tapi kalau semua pilihan itu aku tak minat? Nak buat macam mana? Hoho.

Vokasional

  • SMT Keningau
Pilihan : Automatif, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri.

Yang aku boldkan itu, yang aku minat :) Girly punya pilihan kan? HAHA. Aku nak sini, tapi aku takda yang aku kenal kat Keningau, adapun nenek aku punya adik. Aku tak biasa, ada kawan kat sana tapi tahun ini tahun akhir dia. Then, semua kawan-kawan aku takda yang minat nak pindah kat sini. Ya Allah :(

  • SMT Likas
Pilihan : Automatif, Elektrik dan Elektronik, Penyejuk dan Penyaman Udara, Kimpalan, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan.

Hah, ada lagi aku boldkan bukan? Hoh, aku tak berapa minat dengan ini sebab aku bengap dalam kira-kira nie. Tapi ini maybe senang sebab dalam PMR aku ada ambik subjek PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN ia berkaitan dengan perniagaan bukan? Tapi aku sangat minat dengan kerja-kerja Surirumah tuh :( Ramai kawan pindah sini. Bingung!

Maybe aku akan pilih Fesyen dan Bakeri. Oleh sebab aku gila shopping dan suka makan aku pilih itu. Mula-mula nak pilih Landskap dan Seni Kulinari, tapi takda hoho. Dan ini bermakna aku akan pilih SMT Keningau! Hope, pilihan aku ini tepat AMIN!