Tips : Memikat wanita
POSTED ON 26 October 2011 AT Wednesday, October 26, 2011 \ leave a comment (0)
Photobucket

Wanita tidak mengharapkan anda melakar nama mereka di langit biru atau mengumumkan kepada dunia bahawa anda menyukainya. Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati wanita. Untuk menawan hatinya, baca entri ini dengan lebih lanjut.

  • Menepati janji
Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar 'dating' dengan anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu ketibaan anda, ini akan menjejaskan 'dating' anda sekaligus menyakiti hati wanita.

  • Jadilah lelaki yang bersopan santun
Tunjukkan anda menghargai si dia dengan mengamalkan cara 'ladies first'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya. Ketika bersama si dia, anda perlu jaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya mengenai anda. 

  • Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh
Biasanya, wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran. Antaranya, mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan seperti hal keluarga. Elakkan kesilapan bodoh seperti, memandang wanita lain, berludah, memaki hamun atau pun selekeh. Perkara kecil ini nampak remeh tapi amat penting bagi wanita.

  • Bertemu keluarga
Lelaki harus berani bersua muka dengan keluarga si dia. Jika anda sudah berjaya memikat si gadis, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda akan mendapat restu. Untuk memikat hati kedua orang tuanya, pikat hati si ayah dengan kepandaian anda dan hati si ibu melalui penampilan dan kesantunan.

  • Tunjukkan kemampuan
Ketika keluar 'dating' dengan si dia, anda haruslah menanggung perbelanjaan semasa 'dating' itu. Elakkan membiarkan wanita membelanja anda, ini akan menyebabkan wanita menganggap anda sebagai 'orang yang kurang berkemampuan'. Ingat, anda harus memberi nafkah zahir kepada wanita kelak.

  • Perkara pokok
Perkara pokok dalam perhubungan- jujur, ikhlas dan setia. Jika anda memiliki ketiga-tiga sifat itu, tanpa perlu berlakon dan pura-pura si dia pasti jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda hendak menawan hati wanita, elakkan berperangai mengada-ngada.

p/s: ready to flirt right now? HAHAHA