5 years more, I will be..
POSTED ON 04 December 2011 AT Sunday, December 04, 2011 \ leave a comment (0)

Semua orang ada cita-cita kan? Saya pun ada juga. Kebanyakan cita-cita saya tak masuk dek akal. Semua tangkap muat saja. Hahaha, meh baca.

Masa sedang berumur 4-6 tahun. Saya nak jadi penyanyi dan model! Bahahaha! Dulu saya penyanyi dan model tau. Semua pertandingan menyanyi kanak-kanak dan ratu cantik saya mesti ikut. Alhamdulillah, selalu dapat Johan. Wikiwikiwiki.

Lepas tuh, semasa darjah 1-2 nak jadi doktor konon. Sebab, saya minat Science. Selalu dapat A+. 

Masa darjah 3-5 berubah lagi cita-cita tuh. Nak jadi Guru B.Melayu konon. Dulu saya rajin membaca, asal ada pertandingan mengenai bahasa saya mesti ikut. Selalu dapat Johan. 

Naik darjah 6 dan tingkatan satu saya nak jadi juruakaun. Kalau cikgu tanya pasal apa, sebab saya nak jadi mak saya. Mak saya kerja bank, asyik pegang duit $_$. Saya suka duit! HAHAHA!

Hah, dah tingkatan 2 saya nak jadi English Teacher. Saya minat sangat dengan English. Selalu dapat A dalam exam, cikgu pun selalu puji. Wiwiwiw.

Sekarang dah Form 3, saya tak tahu nak jadi apa lagi. Dorang kata jadi Peguam sebab saya banyak cakap. Saya nak jadi chef, guitarist, teacher, singer blablabla.

Okay, penat saya merepek. Bye XOXO.

Labels: , , ,