Jungle Princess ; Part 1 Episode 1.
POSTED ON 07 December 2011 AT Wednesday, December 07, 2011 \ leave a comment (0)
Hyuna, 14 tahun.

"Hyuna, mengapa kamu termenung?" tanya puan Kim apabila dia melihat anaknya itu duduk besendirian. "Tidak ada apa-apa, mak." Hyuna menjawab sambil berusaha menyembunyikan sesuatu. "Betulkah? Sekiranya tidak ada apa-apa, masakan kamu duduk seorang diri?" Puan Kim memang tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya itu. Dia dapat merasakan Hyuna cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Hyuna tidak menjawab pertanyaan ibunya. Dia hanya tersenyum kecil, sambil memandang wajah ibunya. 
"Baiklah...sekiranya begitu tidak mengapalah. Cepat sedikit! Nanti lambat ke sekolah pula." Puan Kim berpesan. "Baiklah, emak." Hyuna segera menghabiskan nasi lemak yang dibeli oleh bapanya. "Mmm...sedapnya!" Hyuna berbisik sendirian sambil menikmati nasi lemak itu.

"Sedapnya awak makan. Berilah kepada kami sedikit". Amni terdengar suara yang seakan berbisik di telinganya...begitu halus sekali. "Eh, kamu semua kemana lagi? Maaf, kita tidak boleh berbual sekarang. Saya tidak mahu lambat ke sekolah." Hyuna berbisik kepada beberapa ekor semut yang mengerumuni pinggannya.

Sejak beberapa hari lalu, Hyuna mendapati dia dapat berbicara dengan serangga seperti semut, nyamuk, belalang dan sebagainya. Tetapi kebolehannya itu disembunyikan daripada kedua orang tuanya...takut-takut dirinya nanti dimasukkan ke hospital sakit mental!

Selepas selesai makan, Hyuna segera memakai kasut dan berjalan ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia mengambil masa lebih kurang sepuluh minit bagi sampai ke sekolah. 
-----
"Mengapa lambat? Ini kena tulis nama." Kim Hyun Joong, pengawas yang bertanggungjawab menjaga pintu pagar sekolah sudah siap sedia mahu menulis nama Hyuna. "Tolonglah bang. Bagilah peluang kepada saya. Hari ini sahaja," Hyuna merayu dengan membuat muka sedih. Malangnya Kim Hyun Joong tidak mempedulikan rayuan Hyuna itu. Dia terus mengeluarkan buku catatannya.

"Nama penuh?" Kim Hyun Joong bertanya. "Abang mahu tulis nama saya juga?" Hyuna masih cuba mendapatkan belas kasihan daripada Kim Hyun Joong. "Nama penuh?" Kim Hyun Joong tidak menjawab soalan Hyuna tetapi tetap dengan soalannya sebentar tadi. 

"Tegas betul abang Joong ini. Sekiranya pengawas lain, mesti beri peluang. Lagipun, saya lambat tidak sampai lima minit pun." Hyuna membebel sendirian sambil memandang jam di tangannya. "Memang kamu sudah lambat. Tidak perlu tengok jam lagi. Cepat! siapa nama kamu?" Abang Joong menyergahnya. 

"Mmm...nama saya... Nama sayaa.." Hyuna tergagap-gagap menjawab soalan pengawas berbadan besar itu. "Cepatlah! Lembap betul!" Suara Joong semakin meninggi dan menambahkan lagi rasa gementar Hyuna.
-----
Will be continued......

Labels: