Kenapa korang pilih dia sebagai BFF Korang? By Nina & Seha.
POSTED ON 18 December 2011 AT Sunday, December 18, 2011 \ leave a comment (3)
-----------------------------------------------------
Dari kiri; Effy Yurika(bff) & Zhyzhy Chin(me)

Kami berkenalan sejak tahun 4 :) Kami dah lalui banyak cabaran dalam persahabatan. Kami asyik bergaduh and berkawan semula. Antara ujian yang pernah kami hadapi ialah apabila kami tak berlayan kerana dia berkawan dengan musuh kami. Saya pelik, rupa-rupanya mereka bercerita keburukan saya. Masya-Allah!
Saya sabar, sebab saya masih ingat bantuan yang pernah dia beri kepada saya.

Satu hari, ketika berada dalam bilik Gerakan, dia beri saya surat. Dia kata dia minta maaf, dia sangat menyayangi saya, dan dia amat perlukan saya. Saya keluar dari bilik itu dan menangis dekat tandas. Saya terharu dan tak tahu nak kata apa. Pulang dari sekolah saya menangis sambil bertelefon dengan teman lelaki saya. Dia nasihat saya banyak-banyak. 

Keesokannya, tengah nak pergi bilik guru saya lalu depan kelas dia. Dia panggil saya toleh. Nak tunggu ke tak dalam hati saya? Hum. Kemudian dia beri saya benang. Dia kata ini mungkin benda paling mahal dia pernah beri kepada saya tapi tanda persahabatan kami. Dia lilit benang itu di jari manis saya. Lepas itu, dia kucup pipi saya. Dia kata "friends again?" Ya Allah, saya terus senyum dan dakap dia.

Mungkin dia buruk, mungkin dia jahat, mungkin dia sombong. Tapi saya tak kisah. Saya tetap kawan dengan dia biarpun dia pernah menyakiti hati saya. Saya sayang dia macam dia diri saya. Saya pilih dia sebagai BFF saya sebab dia banyak tolong saya, ceriakan saya ketika saya sedih, berkongsi masalah bersama saya, dan paling penting dia selalu ada ketika saya perlukan dia. Saya sayang awak Effy Yurika! 

Labels: ,