Tips Kembali Ke Sekolah: Mengatur Kembali Waktu Tidur.
POSTED ON 03 January 2012 AT Tuesday, January 03, 2012 \ leave a comment (0)

Cuti sekolah bermaksud lebih banyak masa untuk bermain, tidur lewat, dan bangun waktu hampir tengahari! Tetapi jika berterusan, kamu tentu susah hendak bangun pada hari pertama musim persekolahan. Bagaimankah mengatasinya?

Hm, saya pun tidur jam 3 pagi bangun 1 tengahari. Miahaha, so mari kita baca sama-sama okay? Hihi.

Semua orang masih berjaga.
Memang susah hendak masuk tidur apabila suasana masih terang dan semua orang masih berjaga. Apa yang kamu harus lakukan ialah meminta bantuan ibu bapa kamu untuk mematikan lampu di beberapa ruang utama rumah, kerana ia akan membuatkan suasana terasa seperti tengah malam.

Terlalu cergas untuk tidur.
Pastikan kamu tidak meminum terlalu banyak minuman berkarbornat seperti kola atau rutbir, kerana kandungan kafein di dalamnya membuatkan kamu cergas dan tidak mengantuk.

Bisingnya!
Minta supaya suara TV direndahkan jika ibu bapa kamu sedang menonton. Atau, jika ingin lebih tenang, pasangkan kipas dan mainkan lagu berentak perlahan seperti "Takkan Pisah-Kangen Band ft Erin" dan cuba lelapkan mata.

Risaunya tentang sekolah..
Mungkin kamu tak boleh tidur kerana terlalu risau memikirkan hal persekolahan dan persahabatan macam saya. Berbincanglah dengan seseorang yang kamu rapat seperti ibu bapa, bestie atau boyfie/girlfie korang. Kamu tentu akan berasa lega selepas itu.

Panas sangatlah.....
Bilik tidur adalah paling selesa jika sejuk. Pastikan kipas dipasang pada kelajuan sederhana atau kalau orang kaya macam Dato' Siti Nurhaliza, pastikan suhu pendingin hawa tidak terlalu sejuk. Nanti beku pula!

Akhir sekali, jangan online, texting, calling, tengok tv or blablabla melebihi 10 malam. Penting, basuh kaki dan buang air kecil dulu. Nanti mimpi bukan-bukan then terkencing pula. Okay jokes. Bahahaha!