Sesungguhnya ...
POSTED ON 22 September 2011 AT Thursday, September 22, 2011 \ leave a comment (0)
CREDIT TO: GOOGLE/ iluvislam.com

Semua orang ada kawan. Kau ada kawan, aku pun ada kawan. Pendek kata, semua orang ada kawan bukan? Adakah aku salah atau betul? Pedulikan, aku hanya sekadar bercerita, meluahkan rasa, menaip di blog apa yang aku rasa. 

Kata orang, kawan itu penting. Kata orang juga, dari kawanlah kita mampu menilai seseorang itu sebagaimana. Yang teruk kah? Yang pandai kah? Yang terlalu sosial kah? Atau yang rawak sahaja? 

Kata orang juga, kalau ada masalah, kawan dapat tolong, kawan sentiasa ada disisi kawan. Kawan takkan lari, dan ada sesetengah orang, meninggikan martabat seorang kawan, sesetengah orang terlampau melindungi kawan. 

TAPI SAYANG, aku belum pernah merasa ini ...

Kadang-kadang ada juga kawan yang mengongkong kawan. Dari sifat mengongkong kawan, perasaan hasad dengki pun timbul, perasaan tidak puas hati menjelma, dan sikap jelik tertera. 

Ada sesetengah kawan, terlalu mementingkan kekasih. Sanggup menipu kerana kekasih, sanggup mengkhianati talian persahabatan yang telah lama terjalin kerana seorang lelaki yang baru mucul di dalam hidupnya. 

Ada sesetengah kawan, depan kawan baik sangat belakang kawan dia kutuk kawan, bersama kawan yang terkutuk dia mengutuk orang lain. Bersama orang lain, dia mengutuk kawan terkutuk.

KENAPA masih wujud kawan yang bersifat keji? KENAPA berkawan kalau memilih untuk memperlakukan seorang sahabat sedemikian? 

Dan, pada pendapat aku bukanlah seorang kawan, jika dia bersifat demikian. Ia adalah salah diri sendiri kerana memilih orang sedemikian untuk dijadikan seorang kawan. Terima kasih. 

Labels: ,