♥ Missing them..
POSTED ON 09 December 2011 AT Friday, December 09, 2011 \ leave a comment (0)
Shahrill, Shahnizam, Hanafi, Dael Fareed, Razak, Fazwie, Affandy

Seriously, I miss you very much brothers. Bang, kamu masih ingatkah? Dulu kita tidak rapatkan? Lepas PMR baru kita rapat. Aku masih ingat bang, aku datang ke tempat kamu mula-mula. Kita cerita-cerita tentang ciri-ciri perempuan yang kamu suka. Haha! 

Bang, kamu masih ingat? Time masih PMR kamu selalu kacau-kacau aku. Sorrylah, dulu aku sombong. Aku fokus PMR bah. Kamu boleh bising-bising lagi time di Dewan Harmoni masa aku tengah buat ulangkaji di pentas sana. Tapi apa-apapun, sama-sama kita doa kita lulus PMR cemerlang ah bang? :)

Bang, kamu masih ingat? Kita selalu jalan ramai-ramai kalau pi mana-mana. Pastu aku bilang "BOS jalan depan." Then, aku seorang seja jalan depan dengan tembirangnya. Haha! Pastu, time solat aku selalu pesan, "tunggu aku, pulang sama-sama. Sembahyang ah kamu!" Bang, happy aku :) Pastu kalau pulang, kita sama-sama pergi Bus stop, aku selalu belikan kamu air kan bang? Sharing kita semua. Hii. 

"Bau rokok eh." Aku selalu cakap macam itukan? Pastu kamu bilang, "pergilah pulang, tempat lelaki nie." Then aku cakap aku kan Sembuii. Haha! Ohyah, kamu panggil aku Sembuii kan? Yii, sukanya aku jadi macam lelaki nih. HAHA! Bang, kalau time rehat kita selalu beli air Strawberry and minum sama-sama kan? Rindunyaaaa aku sama kamu bang... :(

Ada lagi satu kenangan paling manis kita bang! Kamu ingatkah aku ikut kamu menyimen jalan pergi pondok? HAHA! Aku tolong kamu campur simen, angkat simen, menyimen panas-panas. Ada Cikgu Suhaibun, Cikgu Affandi sama Cikgu Sahin lagikan? Bangga aku kena puji pandai menyimen eh. Haha! Pastu aku ikut kamu angkat batu dekat tempat parking di kantin. Tapi aku berteduh, kamu berpanas. Kesian kamu, legam-legam. Haha!

Bang, terima kasih kasih happy aku sepanjang kita rapat. Kamu jaga aku baik-baikkan? Ada sekali aku menangis, berabis kamu memujuk. Terima kasih lagi. Terima kasih terima aku jadi kawan perempuan kamu, jadi adik kamu. Kamulah kawan dan abang terbaik bagi aku. Next year, belum tentu kita dapat sama-sama lagikan? Jangan lupa aku ah bang. Aku Sembuii yang selalu beli air Strawberry di kantin :( Isk.

AbangS

Labels: , , , , ,

You♥
POSTED ON 01 December 2011 AT Thursday, December 01, 2011 \ leave a comment (0)
First of all, thanks to Scha♥ sebab mendengarkan saya lagu ini melalui blog superb dia. Ejal salah faham dengan lagu ne, dia kata saya nak tinggal kan dia T^T. Tak okay! Tak! It's kill me bila dia cakap text tadi pagi takda makna. Oh gosh! Give me strength. Please, read and understand carefully what I'm mean about.

Listen before read, it's so meaning.

You were there to light my day, you were there to guide me through. 
From my days down and on, I'll never stop thinking of you.

Ejal, you selalu ada untuk me. Nasihat me tegur me. Setiap hari,  me sentiasa ingatkan you.
How can I forget all that, when you're the one who make me smile.
You'll always be a part of me, how I wish you're still mine.

Me takkan pernah lupakan you, you sentiasa gembirakan me. You selalu dalam diri me, biarkan nanti kita akan menjauh.
Never will forget the day, how we've met and came this far.
We all know we got this feeling, but somehow it has to end up here.

Me takkan pernah lupa macam mana kita boleh kenal dan bertahan sampai sekarang. Kita saling sayang menyayangi. Tapi, nanti kita akan jarang bercontact, kuatkah kita di duga?
 I know it's me who said good bye, and that's the hardest thing to do.
Cause you mean so much to me, and guide the truth from me to you.


Me tau, me yang sebabkan kita jarang bercontact, me pilih untuk tidak ke Labuan dan ia sangat susah untuk me lakukan. Sebab you sangat bererti untuk me, dan me tidak mau lost contact dengan you.
For all the things I've said and done, for all the hurt that I've caused you.
I hope you will forgive me, baby. Cause that wasn't what I meant to do.

Untuk semua perkara yang me pernah cakap dan buat, untuk semua yang me pernah sakitkan hati you. Me harap you maafkan me, sebab me tidak sengaja untuk tolak pelawaan you ke Labuan.
 Ini yang cuba sampaikan melalui lagu ini, me harap you faham. I love you

Labels: , ,

I don't like you, December.
POSTED ON 30 November 2011 AT Wednesday, November 30, 2011 \ leave a comment (0)
Bye November! Hello December! :) Akhirnya, lepas juga November. Seriously, November bulan paling malang buat saya. Banyak masalah jadi, banyak kesedihan daripada kegembiraan. Huu. Disember, kau bulan paling aku tak nak jejak. Sebab apa?

Result PMR akan keluar. Seriously, saya memang excited sangat nak tahu, tapi T.T abaikan ja la. Saya dah berusaha sebanyak-banyaknya. Tawakal sahaja, Insya Allah. Tak sabar nak pegang Sony Ericsson Aino dan DSLR Canon. Yipee!

Saya berketurunan Kadazan, so setiap tahun saya akan celebrate Christmas's Day. Every year jugalah saya akan mendapat present. Tapi makin sikit dah, Y.Y Yelah, saya dah 15 tahun. Cukup besar dah. Wuhuuu!

1 Disember 2011 :) Dah satu bulan saya dengan dia bersama. Wee, actually dah lama kitaorang bersama tapi belum ready nak menjalin hubungan yang lebih serius. Esehmen, haha. Terima kasih bersama dengan saya okay? Saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak.

Tapikan, saya tak suka la Disember neh. Sebab, next year awak SPM. Kita tak dapat contact kamcheng-kamcheng. Huu, takpa lah awak, saya sentiasa akan tunggu awak sampai awak habis SPM. Insya-Allah.

Azam tahun baru? Nantilah fikir. Otak serabut fikir episod akan datang antara saya dan dia. Hmmmm


Labels: , , ,

Saya tak minta BANYAK ..
POSTED ON 23 September 2011 AT Friday, September 23, 2011 \ leave a comment (0)
Assalamualaikum wbt

Hari ini 23 Sept 2011. Saya banyak nangis hari ini :( Depan kawan nangis, depan guru nangis. Ya Allah! Aku sangat lemah ketika ini. Masuk hari ini, 2 hari dah saya moody. Saya mohon maaf kepada siapa-siapa yang tergores dengan sikap saya hari ini. Hmm. 

Esok 24 Sept 2011. Bermakna esok saya sah berumur 15 tahun. Semua orang gembira bila hari lahir dia tiba. Tapi saya tak. Macam mana nak gembira? Senyum? Ketawa? Kalau dalam masalah. Ya Allah! Ringankanlah beban ku ini. 

Saya tak minta hadiah atau ucapan. Saya cuma nak orang di sekeliling saya, gembirakan saya. Saya cuma nak PMR ini saya dapat 8A. Saya cuma nak perubahan diri saya ini berpanjangan. Saya cuma nak kesalahan saya dimaafkan. Saya cuma nak dihargai. Saya cuma nak dihormati. Tak susah kan? 

Apa-apa pun, selamat hari lahir kepada semua orang yang menyambut hari lahir pada 24 Sept 2011. Semoga bahagia ;)


p/s: doakan saya baik-baik ya? ;)

Labels:

Sesungguhnya ...
POSTED ON 22 September 2011 AT Thursday, September 22, 2011 \ leave a comment (0)
CREDIT TO: GOOGLE/ iluvislam.com

Semua orang ada kawan. Kau ada kawan, aku pun ada kawan. Pendek kata, semua orang ada kawan bukan? Adakah aku salah atau betul? Pedulikan, aku hanya sekadar bercerita, meluahkan rasa, menaip di blog apa yang aku rasa. 

Kata orang, kawan itu penting. Kata orang juga, dari kawanlah kita mampu menilai seseorang itu sebagaimana. Yang teruk kah? Yang pandai kah? Yang terlalu sosial kah? Atau yang rawak sahaja? 

Kata orang juga, kalau ada masalah, kawan dapat tolong, kawan sentiasa ada disisi kawan. Kawan takkan lari, dan ada sesetengah orang, meninggikan martabat seorang kawan, sesetengah orang terlampau melindungi kawan. 

TAPI SAYANG, aku belum pernah merasa ini ...

Kadang-kadang ada juga kawan yang mengongkong kawan. Dari sifat mengongkong kawan, perasaan hasad dengki pun timbul, perasaan tidak puas hati menjelma, dan sikap jelik tertera. 

Ada sesetengah kawan, terlalu mementingkan kekasih. Sanggup menipu kerana kekasih, sanggup mengkhianati talian persahabatan yang telah lama terjalin kerana seorang lelaki yang baru mucul di dalam hidupnya. 

Ada sesetengah kawan, depan kawan baik sangat belakang kawan dia kutuk kawan, bersama kawan yang terkutuk dia mengutuk orang lain. Bersama orang lain, dia mengutuk kawan terkutuk.

KENAPA masih wujud kawan yang bersifat keji? KENAPA berkawan kalau memilih untuk memperlakukan seorang sahabat sedemikian? 

Dan, pada pendapat aku bukanlah seorang kawan, jika dia bersifat demikian. Ia adalah salah diri sendiri kerana memilih orang sedemikian untuk dijadikan seorang kawan. Terima kasih. 

Labels: ,

SOBER.
POSTED ON 10 June 2011 AT Friday, June 10, 2011 \ leave a comment (0)
hai! saya benci sangat.
sangat sangat sangat.
orang yang saya sayang tidak peduli saya.
hebat kan hebat kan?
AWESOME!

hayati lirik nie.
this is what i feel.
peace ;)
Click For More :))

Labels: , , , , ,

kenapa? mengapa?
POSTED ON 09 June 2011 AT Thursday, June 09, 2011 \ leave a comment (0)
hai. aku update balik-balik.
sebab apa? aku bosan.
takda kredit, malas nak layan fb.
arghh. stress aku -,-
Click For More :))

Labels: , , , , , ,

Layakkah aku untuk kau? ;(
POSTED ON 11 April 2011 AT Monday, April 11, 2011 \ leave a comment (0)
assalamualaikum sahabat yang di kasihi,
aku Azie, yang telah bersahabat dengan kau lebih 2 tahun.

kau ingat masih titik permulaan persahabatan kita?
aku ingat, aku gembira dapat kawan baru pada tahun 2009.

kau tahu kah? aku sayang kau sangat-sangat.
tapi aku rasa kau tak tahu bukan?
semua pasal diri kau aku tahu,
baik buruk kau aku kenal.
ketawa,sedih,denda,gaduh
kita pernah rasa.

sahabat, kau ingat kah aku bila kau dapat rakan baru?
aku tak mengharap.

sahabat, aku gembira kita telah berkenalan.
menjalinkan persahabatan selama 2 tahun lebih.
aku sangat gembira dengan kehadiran kau.

kau sangat penting untuk aku. tapi,
adakah aku penting untuk kau?
aku selalu ada untuk kau.
tapi, adakah kau selalu ada untuk aku?
aku ingat semua jasa & pengorbanan kau untuk aku.
tapi, adakah kau ingat jasa & pengorbanan aku?

terima kasih jadi sahabat yan baik.
terima kasih kerana bersahabat dengan aku.
mungkin aku bukan yang terbaik untuk berkawan dengan kau.
kau sendiri cakap kau benci dengan kawan kau sendiri,
kau benci ada kawan rapat.

kau tahu kah? hancur berkecai hati aku dengar cerita itu.
biarlah, asal kau bahagia asal kau gembira.
tadi, aku tunggu kau.
berhabis aku tunggu kau.
tapi kau? pandang sekilas lalu saja.
puaskah hati kau buat aku rasa terhina?

kau tahukah? aku menangis tadi.
aku sabar. berapa kali sudah aku menangis sebab kau.
kawan-kawan kita yang lain nampak aku nangis.
aku lemah. aku sangat perlukan kawan.

mungkin aku tidak layak untuk kau.
sekian, ini saja yang dapat aku coretkan untuk kau.
harap kau sedar siapa kawan siapa lawan.
maafkan aku selama aku berkawan dengan kau.
-------------------------------------------------------------
kini tinggal kenangan :'((

sukan 2009 ;')


2009. gambar pertama kita :')


aku sayang kau dunia akhirat, Sara :((

Lirik Lagu Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


selamat mendapat teman baru.
ikhlas, Zhyzhy Chin

Labels: , , ,

saya sedih :(
POSTED ON 20 March 2011 AT Sunday, March 20, 2011 \ leave a comment (0)
Allahu-Akbar!
besar sungguh dugan-Mu terhadap ku.
aku sedar aku banyak buat salah.
berikan aku kekuatan menempuh ujian-Mu.
berikan aku kesabaran menerima hinaan,cacian,tomahan orang terhadap diriku.
sesungguhnya, Engkau lebih tahu siapa aku sebenarnya ;(

Tandas.
baru sahaja aku menjejakkan langkah kaki ketika jam 12.
kecewa, sedih, marah bercampur sama.
Astaghfirullah Al-Azim. Auzubillahiminasy-syaitonnirrajim
hindarkanlah aku dari kemarahan yang berpunca dari Iblis Laknatullah.
sedih ku lihat dinding tandas terukir nama ku.
semakin banyak dari sebelumnya.
Masya-Allah. siapakah gerangan orang 'sopan' itu.
aku sabar. aku sabar. aku tetap bersabar.
ini semua dugaan hidupku.
tidak apa, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Cinta.
sukar untuk ku melepaskannya.
apa lah daya ku.
hanya seorang insan yang dahagakan kasih sayang seorang insan dari Kaum Adam.
sungguh hebat godaan mu Adam.
maafkan aku sekiranya aku melukakan hati mu buat kedua kalinya.
tapi, inilah keputusanku.
aku melakukannya demi masa depanku.
jika kau menyayangiku, tidak mustahil bukan kau menungguku
hingga aku berjaya memegang ijazah di menarah gading ?
ku ingin kau tahu, tulus ku menyayangi mu ;(

SABAR ZHYZHY!

Labels: