Chocolate Caramel - Part 8 (END)
POSTED ON 14 January 2012 AT Saturday, January 14, 2012 \ leave a comment (1)

"Ayang nak gi mana petang neh? Sayang bawa ayang jalan-2 okay?" Tanya suami yang paling disayanginya.

"Ayang nak jalan pergi Tokyo boleh?" Jawab Melly. Dipamernya senyuman manisnya itu.

"Haha! Ayang ayang. Sekarang kita masih dekat Seoul lah. Minggu depan baru kita honeymoon. Sorry, sayang banyak kerja nak buat.. Ayang faham kan?" Kata suami Melly sambil menggengam kemas tangan Melly.

"Hehe, ya. Ayang faham.." Melly bahagia di samping lelaki yang paling di sayanginya.
----------
"Selamat pengantin baru!" Kata Gong Chan. Dia segera memberi sebungkus hadiah beriben merah. Khas untuk pengantin baru itu.

"Terima kasih, Gong Chan. Aku tak sangka pula kau datang.. Yelah, kau dengan Micha juga baru mendirikan rumah tangga. Terima bebanyok eh.." Kata Kim Bum. Dia bangga mendapat Melly. Setelah beberapa tahun mendiamkan perasaannya, akhirnya diluahkannya juga.

"Hee, terima kasih. Micha mana? Tak datang sekali ke?" Tanya Melly. Dia turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan Gong Chan dengan Micha 2 minggu lepas.

"Dia sibuk menguruskan honeymoon kami. Almaklumlah, aku dan dia sibuk sangat dengan kerja" Jawab Gong Chan ringkas.

"Oh okay, eh Gong Chan silalah makan. Ada stik, salad, udang butter macam-macam lagilah.." Kata Kim Bum sopan.

"Laaaa, Chocolate Caramel ada tak? Favorite pengantin perempuan kita ne.." Tanya Gong Chan mengejek.

"Haha! Mestilah ada, kan tuh minuman kegemaran Melly." Jawab Melly ringkas, bimbang Kim Bum cemburu.

"Okay, okay saya pergi makan dulu eh." Jawab Gong Chan..
-----------
"Ayang?" Sapa Kim Bum.

"Eh sayang, kenapa?" Melly tersentak. Dia tak sangka dia berkhayal akan kejadian setahun lalu.

"Mammy comel mesti kuat makan.. Nanti baby kat dalam lapar pula." Kata Kim Bum sambil menghulurkan semangkuk Bubur Carrot kesukaan Melly semasa mengandung.

"Hehe, ye sayang. Terima kasih sanggup tunggu ayang selama 5 tahun. Terima kasih sesangat.." Kata Melly sambil mengesat airmatanya. Mana dia sangka, lelaki yang asyik mengacaunya saban hari dengan panggilan Sengal itu boleh jatuh hati akan gadis tomboi sepertinya.

"Takpa ayang. Sayang sanggup tunggu ayang seribu tahun sekalipun. Sayang janji akan jaga Melly dengan baby kita hingga akhir hayat sayang." Jawab Kim Bum romantik.

Mereka berpelukan erat. 

"Nanti anak kita sayang namakan Kim Minzy Hanaey tau :>" Kata Kim Bum.

Melly cuma tersenyum. Dia berjanji akan setia sehidup semati dengan lelaki yang selalu melindunginya, Kim Bum. 

Labels: