|
Chocolate Caramel - Part 8 (END)
"Ayang nak gi mana petang neh? Sayang bawa ayang jalan-2 okay?" Tanya suami yang paling disayanginya. "Ayang nak jalan pergi Tokyo boleh?" Jawab Melly. Dipamernya senyuman manisnya itu. "Haha! Ayang ayang. Sekarang kita masih dekat Seoul lah. Minggu depan baru kita honeymoon. Sorry, sayang banyak kerja nak buat.. Ayang faham kan?" Kata suami Melly sambil menggengam kemas tangan Melly. "Hehe, ya. Ayang faham.." Melly bahagia di samping lelaki yang paling di sayanginya. ---------- "Selamat pengantin baru!" Kata Gong Chan. Dia segera memberi sebungkus hadiah beriben merah. Khas untuk pengantin baru itu. "Terima kasih, Gong Chan. Aku tak sangka pula kau datang.. Yelah, kau dengan Micha juga baru mendirikan rumah tangga. Terima bebanyok eh.." Kata Kim Bum. Dia bangga mendapat Melly. Setelah beberapa tahun mendiamkan perasaannya, akhirnya diluahkannya juga. "Hee, terima kasih. Micha mana? Tak datang sekali ke?" Tanya Melly. Dia turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan Gong Chan dengan Micha 2 minggu lepas. "Dia sibuk menguruskan honeymoon kami. Almaklumlah, aku dan dia sibuk sangat dengan kerja" Jawab Gong Chan ringkas. "Oh okay, eh Gong Chan silalah makan. Ada stik, salad, udang butter macam-macam lagilah.." Kata Kim Bum sopan. "Laaaa, Chocolate Caramel ada tak? Favorite pengantin perempuan kita ne.." Tanya Gong Chan mengejek. "Haha! Mestilah ada, kan tuh minuman kegemaran Melly." Jawab Melly ringkas, bimbang Kim Bum cemburu. "Okay, okay saya pergi makan dulu eh." Jawab Gong Chan.. ----------- "Ayang?" Sapa Kim Bum. "Eh sayang, kenapa?" Melly tersentak. Dia tak sangka dia berkhayal akan kejadian setahun lalu. "Mammy comel mesti kuat makan.. Nanti baby kat dalam lapar pula." Kata Kim Bum sambil menghulurkan semangkuk Bubur Carrot kesukaan Melly semasa mengandung. "Hehe, ye sayang. Terima kasih sanggup tunggu ayang selama 5 tahun. Terima kasih sesangat.." Kata Melly sambil mengesat airmatanya. Mana dia sangka, lelaki yang asyik mengacaunya saban hari dengan panggilan Sengal itu boleh jatuh hati akan gadis tomboi sepertinya. "Takpa ayang. Sayang sanggup tunggu ayang seribu tahun sekalipun. Sayang janji akan jaga Melly dengan baby kita hingga akhir hayat sayang." Jawab Kim Bum romantik. Mereka berpelukan erat. "Nanti anak kita sayang namakan Kim Minzy Hanaey tau :>" Kata Kim Bum. Melly cuma tersenyum. Dia berjanji akan setia sehidup semati dengan lelaki yang selalu melindunginya, Kim Bum. Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 7
POSTED ON AT Saturday, January 14, 2012 \ leave a comment (2)
Kim Bum, 20 tahun, Seoul "Kau buat apa kat sini Gong Chan?" Tanya Kim Bum. "Err, takda, aku nak rileks kejap. Stress." Jawab Gong Chan sambil menatap muka Melly yang telah 4 tahun lamanya tidak bertemu. "Sengal! Aku nak pulang neh, nanti mami aku marah pula aku balik lambat. K?" Melly sebenarnya malas nak bersua muka dengan Gong Chan. Cukuplah sekali hatinya disakiti. "Melly nak balik dah? Abang hantarkan Melly ya?" Pujuk Gong Chan, dia perlu memberitahu sesuatu kepada Melly. "Eh takpa. Korang cerita lah dulu. Lagipun, Melly ada bawa kereta sendiri. Okay? Bye guys!" Melly berlalu. Terburu-buru dia meninggalkan Kim Bum dan Gong Chan seperti dikejar hantu. "Gong Chan, sudahlah kay. Aku tahu kau nak kahwin dah dengan Micha tuh. Kau jagalah Micha baik-baik. Lupakan Melly." Kim Bum menasihati Gong Chan. "Aku taknak kahwin dengan Micha. Aku tak sayang dia sebagaimana aku sayang Melly. Aku tahu kau rapat dengan Melly. Tolong rapatkan kami semula, please?" Rayu Gong Chan. Dia tahu cuma Kim Bum yang dapat membantunya. "Sorrylah, aku tak dapat nak tolong kau. Perasaan ini mana boleh main paksa." Jawab Kim Bum. Hmmm.. Gong Chan termenung jauh. Dia tahu Melly masih menyayanginya. ---------- Kring kring.... Pantas saja dia mengangkat telefon tersebut. Pelik, pemanggil tidak dikenali. "Hello? Ini siapa?" Tanya Melly. Dia pasti itu Gong Chan. "Melly, minggu depan ibu bapa saya akan ke rumah awak." "Untuk apa? Mana ada majlis apa-apa kat rumah saya." Melly menjawab acuh tak acuh. Malas Melly hendak melayan lelaki tersebut. "Actually, saya dah bagi tahu ibu bapa saya mengenai awak. So, minggu depan keluarga saya akan merisik sekaligus meminang awak. Mungkin akan terus bertunang.." Jawab lelaki itu tenang. "WHAT?!!" Melly terkejut. Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 6
Gong Chan, 21 tahun, Seoul. "No way mama! Saya takkan kahwin dengan Micha! Saya tak suka dia, pleaselah mama." Rayu Gong Chan. Dia mungkin masih boleh terima Mama nya cuba merapatkan dirinya dengan Micha. Tapi kahwin? Cuma Melly Hanako yang berhak terhadap dirinya. "Melly.. manakah awak sayang. Abang rindu Melly. Isk" Tangisnya sambil menatap gambar Melly. Meskipun 4 tahun Melly telah menghilangkan diri, sayangnya pada Melly tak pernah berkurang. "Gong Chan, kenapa awak neh? Dari dulu sampai sekarang asyik Melly saja awak sebutkan. Apa kurang saya dengan dia hah?!" Micha marah, teman lelakinya asyik memikirkan budak yang di anti nya. "Kau pergi berambuslah! Aku tak suka kau okay! Takkan pernah!!!!!!!!" Gong Chan menjerit. Lantas di capainya kunci kereta BMW terus di pandu laju ke arah bandar. "Dasar lelaki tak kenang budi!" getus Micha. ---------- "Melly oh melly? Kau dengar tak aku tanya neh?" Kim Bum menanya setelah Melly mendiam seribu bahasa. "Ya? Er... Malas lah aku nak cerita pasal dia. Lupa kan je la kay?" Melly menjawab. "Sengal, aku nak pergi kaunter neh. Nak tambah Chocolate Caramel aku. Nak habis dah. Kau nak kirim pape?". "Takda Melly, kau pergilah. Aku tunggu kat sini. Hati-hati nenek!" Kim Bum menyakat. "Terima kasih cik, sila datang lagi." Melly senyum kepada pekerja itu. Bushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Melly terjatuh. Habis basah lencun bajunya tertumpah Chocolate Caramel. "Kau ada mata ke tak! Lain kali, jalan tuh tengok orang siket." Melly bangun. "Nak mati orang neh, kau tunggu" Hatinya berbisik. Dushhhhhhhhhhhhh! Melly menumbuk sepenuh hati. Lelaki itu terjatuh. "Melly?" Jerit Gong Chan. "Abang?" Melly menjawab. Kim Bum berdiri di sisi Melly. Hatinya benci. Benci pada Gong Chan! "Apa dia akan merampas Melly dari ku?" Dia bertanya kepada hatinya sendiri. Dan dia tak akan pastikan perkara itu terjadi. Takkan sesekali! Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 5
Melly Hanako, 19 tahun, London-Seoul 4 tahun telah berlalu... Masih segar di ingatan nya akan peristiwa paling pahit dalam hidupnya. Dia mengusung beg Louise Vuitton coklatnya. "Seoul, berikanlah kegembiraan pada diriku.." Pinta Melly. "Hi Sayangg! Welcome back to Seoul!" Peluk mami Melly. Melly membalas, erat! Giliran papa lagi memeluk anak kesayangannya yang jauh belajar di London selama 4 tahun. "How study? Everything right in London?". "Melly okay, study juga.." Jawabnya acuh tak acuh. "1 bulan lagi, Melly balik sana lah..". Sebenarnya Melly tak hendak balik. Tapi mami dan papanya memaksanya pulang ke tanah air. Rindu kononnya. ---------- "Papa, mami.. Melly jalan pergi bandar kejap. Nak cuba angin Korea." Melly nampak comel dengan rambut perangnya yang di sanggul tinggi, memakai baju labuh, berseluar pendek atas lutut, sambil mencalit matanya dengan celak air tebalnya. "Melly hati-hati tau.. Kalau ada apa-apa call rumah. Nak minta driver hantarkan?" Tanya papanya. Dia tahu, Melly bukan jenis perempuan yang suka duduk rumah. "Tak payah pa. Melly pandai drive.. Okaylah pa, mi. Melly jalan dulu. Daaa!". "Hello Kimbum, Melly dah pulang Seoul. Kalau Kimbum nak jumpa, Melly ke bandar tuh.." "Yeke? Thanks Auntie.." Kimbum senyum! Orang yang di sayanginya kembali ke tanah air semula. ---------- Melly memarkir kereta Honda Wishnya. Lama dah tak pergi shopping complex neh, bisik hatinya. Haus! Dia segera mengatur langkah kakinya ke kedai minuman. Tekaknya kering. Dia berdiri di depan kaunter. Nak order apa ya? Katanya. "Chocolate Caramel satu, Mocha Blend satu!" tolehnya ke belakang. "Kim bum?" Tanya Melly kehairanan. "Yes Melly Hanako!" Dia segera mencubit dagu Melly, seperti dahulu seperti zaman persekolahan 4 tahun yang lalu. "Eh Sengal! Janganlah. Kau tahu tak berapa jam aku nak mekap? Kau tahu tak berapa ribu aku belanjakan untuk mekap Mac aku neh? Dah.. Jangan cubit aku lagi. Sakit tau tak!" Melly mengomel. "Bahahaha! Lekk luuuuuu. Kau neh tak habis-habis nak marah. Macam nenek kebayan tau tak?" Kim bum tak berhenti menyakat dia tahu, Melly pasti akan meradang. Comel bila Melly mengerutkan dahinya. Melly mengambil Chocolate Caramel nya. Di berinya Mocha Blend kepada Kim Bum. Makin segak orangnya. Lesung pipit kekal seperti dulu. Di pandangnya Kim Bum dari atas sampai ke bawah. Makin kacak! "Nenek, aku tahulah aku makin hensem. Tak payah stalk muka aku boleh tak? Seganlah.." "Ewah, suka hati kau jek yah sengal. Aku tengok kolar baju kau tuh hah. Ada tumpah kicap. Haha!" Melly saja menyakat Kim Bum. Mana mungkin dia akan memberitahu perkara sebenar. "Ye lah. Ye lah. Melly, apa cerita? Semenjak kejadian Gong Chan tuh, kau terus hilangkan diri ke London." Tanya Kim Bum serius. Melly diam. Gong Chan? Apa agaknya khabar lelaki pujaan hatinya itu. Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 4
Micha, 17, Seoul. Melly senyum. "Indahnya bercinta saat muda...." dia menyanyi riang. Micha datang dari belakang dan menolak bahunya. Melly terjelupuk jatuh. "Adoiiiiiii! Sakitlah kak!" Teriaknya selepas bangun, dan terus berdiri. "Kau neh hah minah, tak sedar diri ek? Aku dah warning kau dulu kan? Jangan kacau Gong Chan! Kau takda lelaki lain ke hah!" Marah Micha dengan bengisnya. Dia hampir saja menampar Melly, tapi segera di tahan geng 'Girly' nya. "Haha! Bila masa aku kacau Gong Chan? Kami dah couple lah! Reti tak? COUPLE!" Dieja nya satu persatu perkataan itu. Panas hati Melly bila Micha menyerangnya. "What? Couple? Bahahaha! Hello, dia tak kasi tau ke aku neh siapa dia? Tak? Kesian kau budak.." Jawab Micha dengan menjengkelkan. Melly panas hati! Ditumbuknya muka Micha tepat di pipi. *bughhhhhh! "Hey apa neh! Sudah-sudah. Baik korang blah sebelum aku bawa benda neh pergi guru disiplin!" Kata Kimbum dengan tegasnya. Dia tak menyangka Melly berani menumbuk Micha. "Kau tunggu perempuan! Aku balas kau nanti! Kau tunggu!" Marah Micha sambil menggosok pipinya. ---------- Kring Kringggg.. Lonceng berbunyi. Menandakan cuti sekolah musim luruh bermula! "Mana abang Gongchan neh, janji nak balik sesame." Risau Melly dengan kekasihnya itu. Melly berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. Dia hampir tidak percaya! Di gosok matanya berulang kali. Micha berpegangan tangan dengan Gongchan?! Dan Gongchan membiarkannya?! WHAT!! "Abang!" Mata Melly mula berair. Segera Gongchan menjauhkan diri dari Micha. Micha ketawa, macam setan! Gongchan buntu. "Melly, maafkan abang! Abang tak tau macam mana nak explain neh. Maaf ye sayang?" Pujuk Gongchan sambil cuba memegang tangan Melly. Melly menangis, dia tidak kira orang sekeliling memandangnya. Mengapa orang yang disayanginya curang dengan musuhnya. Mengapa? Gertak hatinya. Kimbum segera mendekati Gongchan. "Apa neh bro? Hari tuh di complex bukan main cintan lagi dengan Melly. Sekarang ada awek baru lah? Cukuplah jadi Playboy bro.." Nasihatnya sambil menyindir. "Aku tak curang Kimbum! Aku tersepit sekarang.." Rayu Gongchan agar Kimbum memahaminya. "Jomlah sayang. Family kita dah tunggu tuh.." Kata Micha sambil manja. Dia menjeling Melly. Puas hati! "Kau blah lah!" Halau Kimbum. Gongchan dan Micha pun pergi. Gongchan sedih, Melly tidak percaya padanya. Micha bangga, akhirnya Gongchan milik dia seorang. "Melly, kau okay? Aku hantar kau pulang eh?" Pujuk Kimbum. "NO!" Jawab Melly dan lari! Dia tak tahu mana arah tujunya. Yang pasti dia harus menenangkan dirinya dahulu. Kimbum geram. "Kau akan menyesal Gongchan!" Dendamnya membara. Mana mungkin dia biarkan Melly dikecewakan. Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 3
Kimbum mengelap muka Melly dengan lembut. "Kesian Melly, tentu dia sangat terkejut" Kata Kimbum sambil mengeluh. "Cantik tomboi neh hah.." Kimbum ketawa sendiri. "Wachaaaaaaa!" Melly menendang perut Kimbum. "Kau nak sentuh aku? Langkah mayat aku dulu!" teriak Melly dengan kuat! "Tokkkkkkkkkkkkk!" kedengaran bunyi hentukan kepala Melly. "Adoii! Sakitlah sengal!" Balasnya sambil mencumbit bahu Kimbum. "Eh budak, aku tak bernafsu pun nak sentuh kau okay. Pleaselahhh!" Balas Kimbum sambil menolak kepala Melly. "Aku kat mana neh? Kau culik aku eh sengal?" kata Melly ketakutan. "A'ah, mami dengan papa kau jual kau. Bolehlah jadi pengganti pembantu rumah aku yang sedang cuti tuh." Kimbum gelak sakan! Melly mengerutkan dahinya. Comel! bisik Kimbum. "Eh, taklah, mami dengan papa kau suruh family aku tengok-tengokkan kau. Esok pagi baru mereka pulang." Kimbum tersenyum. Nampak lagi lesung pipitnya yang dalam. ---------- "Melly, abang nak beritahu sesuatu kepada Melly. Tunggu abang dekat Parkson jam 4 petang nanti tau. Abang belanja Melly Chocolate Caramel nanti :)" Mesej dari Gongchan itu, dibacanya berulang kali. "Hai Melly" sapa Gongchan. Terkejut beruk Melly bila orang yang ditunggunya telah tiba. "Mungkin aku terlampau emo baca mesej neh tak, sampai tak perasan abang datang." Melly bermonolog. Gongchan memegang tangan Melly! Lembut selembut sutera. Melly berdebar. Dia cuma tersenyum. "Melly, semenjak kita terserempak masa Pameran Buku Antarabangsa di kota dulu, abang dah jatuh hati dengan Melly. Abang dah lama nak luahkan tapi abang belum ada keberanian.." Luah Gongchan perlahan-lahan. Bimbang Melly terkejut. "Abang, Melly pun sukakan abang. Melly malu nak berterus terang. Melly taknak Micha kacau Melly lagi. Melly gembira cinta Melly tak bertepuk sebelah tangan.." Kata Melly tersipu malu. Dari jauh, Kimbum melihat kemesraan antara Gongchan dan Melly. "Pranggggggggggg!" ditendangnya tong sampah berdekatan dengan lif Mc'Donald. Cemburu! "Apakah aku terlambat?" Hati lelakinya berbisik. Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 2
"Mak cik! Chocolate Caramel 3 mug tau. Nak panas-panas. Extra Caramel eh! Saya bayar lebih.." Kata Melly sambil mengambil Sandwich Tuna. "Amboi Melly, kebulur ke?" bahu Melly dicuit. "Eh, abang Gongchan. Melly haus, tadi cikgu Kimia denda Melly lagi sebab lambat masuk kelas. Hihi." Gelak Melly. "Haha! Melly neh. Nakal tau!" Kata Gongchan sambil mencubit dagu Melly. Melly tersipu malu. "Hm, abang pergi dulu eh. Nak jumpa Penolong Kanan kejap.. Katanya ada perkhemahan nanti." Kata Gongchan sambil menghirup Strawberry Blend nya. "Okey bang. Bye!" Jawab Melly. Gongchan, 17, Seoul Melly duduk seorang di meja kantin bersebelahan dengan pokok ceri. "Minggu depan dah musim luruh, alamatnya botak lah ceri merah neh.." Bisik Melly sendiri. Dia sedih, setiap kali musim luruh, dia dan keluarganya akan ke London. Tempat dimana dia dilahirkan. "Eh budak! Kau jangan kacau Gongchan la. Kau tau ke dia tuh siapa? Dia tuh boyfie aku tau tak?!" Kata Micha, pelajar paling famous dalam sekolah Cherry Seoul itu. Dia dan geng "Girly" nya sering menggangu Melly. "Akak, saya tak kacau pun Gongchan kak. Kitaorang cuma berbual kosong jela. Lagipun kan kak, dalam Facebook abang Gongchan, status dia Single pun. Akak syok sendiri eh?" Perli Melly sambil ketawa terbahak-bahak. "Eh budak neh! Kau nak rasa cepukan berdarah aku neh ke?" Herdik Micha. "Apa? Kau nak cepuk dia? Sebelum kau sentuh badan Melly, kau rasa dulu penangan siku aku neh!" Sampuk Kimbum yang kebetulan duduk di meja belakang Melly. Segera Micha dengan geng "Girly" nya berlalu dari situ. Masing-masing menyampah dengan sikap Kimbum dan Melly. "Eh Sengal! Pehal kau backup aku? Kau suka aku eh?" Kata Melly sambil mengerdipkan matanya berulang-kali. *bajet cute!* "Hahahaha! Eh budak, kau tuh lembik. Senang kena buli. Aku sebagai pengawas kat sekolah neh, wajib menjaga keamanan sekolah ini tau.." Balas Kimbum dengan bangganya. "Eh eh mamat neh, aku ada tali pinggang hitam taekwando tau. Taulah aku fight sendiri!" Sambil menjulurkan lidahnya yang kemerah-merahan itu. ---------- "Okay pelajar. Jangan lupa kerja rumah Biology neh tau. Saya nak semua siap! No excuses." kata Cikgu Biology Melly dengan tegas. Tok tok tok. Ketuk Kimbum. "Cikgu, maafkan saya. Pengetua panggil Melly Hanako, sekarang." Melly segera keluar kelas dan menuju ke bilik Pengetua. "Aku ada buat salah ke? Aku takda flying kick lagi budak lelaki dalam sekolah neh.." Fikir Melly. "Melly, kemaskan barang awak sekarang, ayah awak akan menjemput awak. Awak akan terbang ke London sejam lagi.." "Eh, pehal cepat sangat? Bukankah minggu depan cikgu?" Kata Melly buntu. "Nenek awak koma, Melly.." Kata Pengetua. Melly tersungkur, Kimbum segera menyambut! Labels: Chocolate Caramel Chocolate Caramel - Part 1
POSTED ON AT Tuesday, December 20, 2011 \ leave a comment (4)
I write by dream, best view in imagination. My first fiction story. Enjoy! Melly Hanako, 15 tahun, Seoul "Melly, bangun! Dah jam 6 dah neh. Bangun sayang!" teriak Auntie Hyuna dengan lantang. "Apa mami bising-bising neh? Melly nak tidur lah. Semalam Melly lambat tidur." kata Melly sambil menggosok-gosok mata nya yang sedikit sepet itu. "Mami tak kira, siapa suruh Melly asyik dengan gitar Melly tuh saja." Bebel Auntie Hyuna. "Yelah, yelah. Melly mandi lah. Bak sini towel Melly tuh.." Kata Melly sambil menguap. Hoo. "Amboi Melly, kenapa cakap serupa jantan neh?" Marah Auntie Hyuna sambil memberi tuala kepada Melly. Melly segera mengambil tualanya dan masuk ke bilik air. "Apalah mami neh, Melly nak tidur pun nak mengomel." Melly segera bersiap dan menuju ke ruang makan. "Chocolate Caramel!" Matanya bercahaya. ---------- "Bangun! Selamat pagi cikgu." "Selamat pagi semua, duduk." "Terima kasih, cikgu!" Tok tok tok. Ketuk Melly sambil menjenguk ke dalam kelas. "Awak lambat lagi Melly!" "Maaf cikgu, driver saya lambat bangun. Bini dia beranak cikgu." Hahahahahaha! Satu kelas mentertawakan Melly. "Sudah, sudah! Melly, pergi berdiri dekat luar kelas. Jangan masuk selagi kelas saya tak habis!" Kata cikgu Kimia nya itu. Sedang Melly melihat-lihat ke arah kelas lain, matanya terpaku dengan susuk tubuh yang amat dikenalinya itu. "Alamak! Mamat sengal neh lagi. Hancur! Hancur!" Kata Melly sambil cuba menutup mukanya. "Hey Melly, kau neh boleh dapat award Pelajar Paling Selow dalam sekolah ini tau." Kata Kimbum sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Kim Bum, 16, Seoul "Eh! Sengal.. Kau satu hari tak kacau aku tak boleh ke? Aku taulah aku paling comel dalam sekolah neh." Kata Melly sambil ketawa. "Hahaha! Kau paling comel? Tukang masak kantin lagi comel dari muka periuk kau tuh tahu?" Sakat Kimbum. "Eh! Kau pergi berambuslah. Naik rimas aku tengok muka kau yang hodoh tuh. Eh eh.." Kimbum lantas mencubit pipi Melly sambil masuk ke kelasnya yang terletak berhadapan dengan kelas Melly. "Eeeeee.. Geramnyaaaaaa!" Jerit Melly. Labels: Chocolate Caramel |
dreamer or thinker?
Muimui | 18 | Sabah A half-Chinese and Javanese photo hobbyist who loves not only WWE, but the football, and food too. My Blueberry Peanut's blog opened since 17 February 2011. This is my personal blog, don't take it so seriously. My sense of humor isn't always for everyone, don't say I didn't warn you. twitter | facebook | instagram | +follow
|